KEKAL CERGAS DI BULAN RAMADHAN
03 April 2022 | Berita Semasa

Alhamdullillah bertemu kita lagi dengan bulan yang penuh barakah iaitu bulan RAMADHAN. Semoga setiap amal dan ibadah kita diterima olehnya. Dalam keseronokan menyambut Ramadhan jangan dilupankan beberapa perkara dalam mengekalkan kecergasan diri sepanjang Ramadhan ini.
Berikut dikongsikan beberapa panduan untuk kekal cergas di bulan puasa.
Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.