BULAN RAMADHAN

25 April 2021 | Berita Semasa

MAKNA RAMADHAN

Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering. Maka makna panas tersebut  diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadan.

PENGISIAN RAMADHAN

Antara amalan di bulan Ramadhan ialah ,berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya, menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail, dapat meningkatkan amalan harian, dapat menunaikan solat tarawih, Bertadarus al-quran, Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain, Beriktikaf terutama 10 malam terakhir, Memperbanyakkan sedekah, Memberi makanan kepada orang yang berpuasa, dapat Bersahur, mengajar kita Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum dan Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. semoga segala amalan yang kita lakukan akan diterima olehNya.