EXPERT WORKSHOP : ASAS PHOTOSHOP & AI (GRAFIK UNTUK BUSINESS)

30 September 2019 | Berita Semasa

Pada 26 September 2019 yang lalu, bertempat di Pusat Internet Felda Gunung Besout 4 telah berlangsung program Expert Workshop bagi sesi 2019. Seramai 10 orang peserta yang menyertai program pada kali ini. Bengkel yang di kendalikan oleh Cik Suzita Binti Mohammed yang mempunyai pengalaman lebih dari sepuluh tahun dalam bidang grafik . Program Expert Workshop kali ini memberi peluang kepada para belia dan juga usahawan tempatan untuk mempelajari asas penggunaan Photoshop dan Ai. Dalam bengkel ini, para peserta diberi pengenalan tentang asas photoshop dan rekabentuk, mengenali tools dan fungsinya, belajar menggunakan shapes, transform, fill, stroke,text, pen,tracing, layers, brush serta rekagrafik dan kreativiti.

Para peserta juga di ajar dengan lebih terperinci bagaimana untuk merekacipta sendiri sticker dan kad perniagaan sendiri. Diharapkan ilmu yang dikongsi dapat di manfaatkan untuk mengembangkan lagi perniagaan pada masa hadapan.