INOVASI PERTANIAN MODERN : BENGKEL HIDROPONIK

26 Februari 2018 | Berita Semasa
Tiada kebun besar bukanlah penghalang untuk kita menanam tanaman sendiri. Dengan kos hidup yang semakin tinggi, menanam tanaman sendiri adalah satu cara yang dapat menjimatkan perbelanjaan seharian. Bermula dengan minat yang mendalam, walau hanya memiliki ruang yang terhad utk menanam, belajar dan mencari pelbagai idea, nescaya tiada yg mustahil. Salah satu caranya adalah menanam sayuran secara hidroponik. Kelebihan sistem Hidroponik ini ialah, sayuran yang di tanam tidak memerlukan ruang yang besar dan tidak menggunakan racun serangga. Tumbuhan yang ditanam juga lebih cepat membesar berbanding tanaman yang ditanam menggunakan kaedah biasa.

Bagi memberi pendedahan dan pemperkenalkan kaedah hidroponik ini kepada masyarakat Felda khusunya, pihak PI1M telah menganjurkan Bengkel Hand On-Tanaman Hidroponik Modern bertempat di PI1M Felda Sg Behrang. Peserta yang menyertai bengkel ini diberikan pendedahan mengenai cara semaian, baja dan penjagaan.

26733592_1856653044353381_6195128589558737837_n 27867907_1904126812939337_1492056557338526026_n