Kempen Mobile E-Waste

25 April 2019 | Berita Semasa
Apa itu e sisa? E-Sisa boleh dikategorikan mengikut jenis produk, saiz produk atau teknologi pemprosesannya. E-Sisa adalah salah satu jenis sisa yang meningkat paling tinggi di negara maju dan membangun. Jumlah e-Sisa di Asia telah meningkat hampir ke 63% dalam tempoh 5 tahun. Malaysia menghasilkan 243 tan e-Sisa pada tahun 2015 sahaja dan jumlah e-Sisa yang kita hasilkan telah bertambah sehingga 39.7% dari tahun 2010 hingga 2015.

Bagi program E-SISA MUDAH ALIH, ia memfokuskan pada pengumpulan peralatan IT dan telekomunikasi kecil seperti telefon bimbit, tablet, kamera dan bank kuasa termasuk dengan alat pengecas dan aksesorinya sekali. Program E-sisa Mudah Alih dilaksanakan oleh pihak SKMM untuk pendedahan kepada pengguna tentang cara pembuangan dan kitar semula bagi peranti yang tamat jangka hayatnya secara mesra alam dan selamat untuk persekitaran.

963969ee-2942-4821-9026-08de474fd337

Selain itu, kempen ini juga memberi kesedaran terhadap kesan buruk ke atas kesihatan dan persekitaran akibat pembuangan peranti secara tidak berhemah. Kempen ini juga, mengadaptasi konsep kitaran ekonomi yang membolehkan sisa yang terhasil di negara kita dikitar semula menjadi bahan yang boleh digunakan semula dalam ekonomi tersebut.

Pihak Pusat Internet Felda Gunung Besout 4 telah menyediakan sebuah kotak khas bagi kempen ini. Kepada sesiapa yang mempunyai telefon pintar,table dan sebagainya boleh menghantar gajet-gajet tersebut untuk dilupuskan dengan cara yang betul. Sayangilah alam sekitar kita.