Maklumat Setempat

Maklumat Komuniti
  • Maklumat Am / Info Setempat
    Presentation1 P_20151210_124632

    Felda Gunung Besout 4 terletak di dalam Gugusan Besout yang terdiri dari 7 rancangan Felda iaitu Gunung Besout 1, 2, 3, 4, 5, 6, dan 7. Dari 7 rancangan ini, 5 rancangan berpeneroka manakala 2 rancangan lagi iaitu 6 dan 7 merupakan perladangan (FGV). Kesemua rancangan ini terletak dalam Daerah Batang Padang, di kawasan Dewan Undangan Slim River di bawah Parlimen Tangjung Malim. Ianya terletak diantara Bandar Slim River dan Sungkai. Jarak diantara Felda Gunung Besout 4 dengan Sungkai kira-kira 39km. Manakala jarak diantara Felda Gunung Besout 4 dengan Slim River kira-kira 25km.

    “BESOUT” disebut sebagai “Besaut” mendapat namanya daripada peristiwa pada masa dahulu. Mengimbau nostalgia lama, menurut sejarah nama tersebut dipilih berdasarkan simbolik perbuatan bersahut-sahutan. Pada masa dahulu kawasan petempatan ini sebahagian daripadanya adalah kawasan hutan tebal dan memerlukan aktiviti seperti tebas-menebas kawasan hutan. Semasa aktiviti tersebut dilakukan, terdapat dua bersaudara yang terpisah dan saling bersahutan untuk bertemu kembali dan dari perbuatan itu,wujudlah nama BESOUT yang terus kekal sehingga ke hari ini.

    Felda Gunung Besout 4 mula dibangunkan sekitar tahun 1977 -1978 dengan keluasan 121.40 Hektar. Tanaman utama yang diusahakan oleh penduduk Besout 4 adalah kelapa sawit. Dengan jumlah 215 buah rumah dan 815 peneroka, Felda Gunung Besout 4 dibahagikan kepada 11 Blok yang terdiri daripada:

    • 1.  Blok 1 Peringkat 1
    • 2.  Blok 2 Peringkat 1
    • 3.  Blok 3 Peringkat 1
    • 4.  Blok 4 Peringkat 1
    • 5.  Blok 5 Peringkat 1
    • 6.  Blok 6 Peringkat 1
    • 7.  Blok 7 Peringkat 1
    • 8.  Blok 1 Peringkat 2
    • 9.  Blok 2 Peringkat 2
    • 10. Blok 1 Peringkat 3
    • 11. Blok 2 Peringkat 3
  • Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan (JKKK)
    • Pengerusi   : En.Sulaiman Bin Sedek (Pengurus Felda Gunung Besout 4)
    • Timb. Pengerusi  : En.Rashid Bin Ahmad
    • Setiausaha  : En. Ramli Bin Suradi
    • Bendahari   : En. Mohamad Yusor Bin Aripin
    • Biro Pendidikan : En. Ibrahim Bin Bakar
    • Biro Sosial  : En.Hussain Bin Mahmuddin
  • Gerakan Persatuan Wanita (GPW)
     
    • Pengerusi   : Pn. Hjh Musrifah Bt Sahari
    • Timb. Pengerusi : Pn. Maimunah Bt Hj Hassan
    • Setiausaha : Pn. Sefiah Bt Arbi
    • Bendahari  : Pn. Jumuiah Bt Sabri
  • Persatuan Belia (MBFM)
     
    • Pengerusi : Mohd Nor Khairi Bin Mohamed Ali
    • Timb. Pengerusi 1 : Mohd Efendi Bin Mohd Norani
    • Timb.Pengerusi 2 : Siti Roslina Binti Mohd Sabri
    • Setiausaha : Salasiah Binti Ahmad Tamanhuri
    • Bendahari  : Wan Sariman Bin Mat Saat
Rekreasi & Pelancongan
  • Rekreasi
    Antara kemudahan rekreasi dan sukan yang terdapat di Felda Gunung Besout 4 adalah seperti kemudahan gelanggang futsal, gelanggang takraw dan padang bola sepak. Selain itu, kewujudan Dewan Semai Bakti yang luas dan selesa membolehkan belia-belia di Felda Gunung Besout 4 menjalankan aktiviti riadah lain seperti bermain badminton, bola jaring dan aktiviti senamrobik yang biasanya dilakukan pada waktu petang.
  • Tempat makan yang menarik
    13230212_1096027933791935_8850050349474607260_n lockching

    Lok Ching merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Kelantan. Namanya agak unik kerana ia bukan istilah atau sebutan dalam dialek Kelantan tetapi dipercayai berasal daripada bahasa Thailand yang bermaksud “BEBOLA BAKAR”. Pada asalnya, bahan utama untuk membuat Lok Ching adalah isi ikan. Namun dengan munculnya variati Lok Ching dari pelbagai sumber seperti ayam, daging, sotong dan udang yang diadun menjadi pelbagai bentuk menambahkan lagi keunikan makanan segera ini. Lok Ching dicucuk pada lidi dan dibakar di atas bara api. Setelah masak, ia akan dicelup ke dalam Sos Thai istimewa.

    Bagi penggemar Lok Ching, mereka boleh merasa makanan ini di Felda Gunung Besout 4. Ikhmal, 20 tahun merupakan anak muda yang menjual Lok Ching di sini. Menurut beliau pada mulanya beliau risau jika perniagaan ini tidak mendapat sambutan. Namun alhamdulillah, sejak mula berniaga pada awal Mei yang lalu, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Ternyata makanan ini sangat digemari penduduk setempat. Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh menghubungi beliau di nombor 011-26522372.

  • Homestay
    P_20151210_123202

    Felda Gunung Besout 4 turut menyediakan kemudahan ‘Homestay’ di mana para pelawat dari luar boleh datang dan menginap di Besout 4. Lokasi Homestay di terletak di dalam kawasan Masjid Felda Gunung Besout 4.

    Kebiasaannya ‘Homestay di Besout 4 mendapat sambutan ketika musim cuti sekolah di mana pada waktu inilah ramai yang memilih untuk melangsungkan perkahwinan. Selain itu, pada bulan puasa atau hari biasa ‘Homestay’ ini turut digunakan oleh para penceramah dari luar untuk pelbagai program yang diadakan di masjid atau kawasan sekitar besout 4.

    Untuk tempahan bilik boleh hubungi:

    Rafie Hashim: 013-4324472 / 019-5129663

Kemudahan Awam
  • Masjid As-Salamuddin
    P_20151210_124139P_20151210_123308
  • Dewan Semai Bakti
    P_20151210_12202211202973_1084233764928650_935265871639123309_n
  • Pusat Internet 1 Malaysia
    CYMERA_20150401_133447[1] CYMERA_20150124_111454[1] SAM_4983 
  • Klinik Kesihatan Desa
    P_20151210_123634
  • Balairaya GPW
    IMG_0001 SAM_1195 SAM_1186
  • Pusat Operasi RELA
    P_20151210_122339
  • Pejabat Koperasi
    P_20151210_122112
  • Padang Awam
    SAM_7905 SAM_7913 SAM_7926
  • Padang Futsal
    13233052_1094498247278237_5071712588371755901_n
Pendidikan
  • Sekolah Kebangsaan Besout 04 (SKBE)
    P_20151210_124328 
  • Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Falahiah Felda Gunung Besout 04
    CYMERA_20151210_123152
  • Tabika KEMAS Felda Gunung Besout 04
    UntitledCYMERA_20151210_122746
  • Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Gunung Besout 04
    11391242_371938439667080_6367941666227347120_n1375832_372880262906231_5286435905559970442_nSAM_4939 SAM_4941
Kisah Kejayaan
  • Ikon komuniti
    FB_IMG_144386529153312932652_1670668196530198_7505822218697142796_n 1937160_1658900671040284_6399883043209628961_n IMG_20151112_171925image 13000300_1670667486530269_1132215674965009223_n

    Arif Bin Sabron berumur 17 tahun merupakan anak jati Felda Gunung Besout 4. Arif mula berjinak-jinak dalam sukan hoki sejak berada di darjah tiga setelah mengikuti abangnya bermain hoki di sekolah. Selepas itu, dia terpilih untuk mewakili sekolah di peringkat daerah dan negeri sebelum hadir ke sesi pemilihan Sekolah Sukan Malaysia dan berjaya ditempatkan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

    Di awal pembukaan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Gunung Besout 4, beliau selalu berkunjung ke sini untuk menyiapkan tugasan sekolah dan melayari pelbagai laman web dan youtube bagi mempelajari teknik bermain hoki.

    Nama Arif Sabron mula menjadi sebutan setelah berjaya membantu Sekolah Sukan Bukit Jalil memenangi Piala Remaja TNB 2016 selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 2009. Dia juga telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dan pemain terbaik perlawanan. Menurut Arif, kejayaan tersebut menjadi perangsang untuknya berusaha gigih pada masa hadapan. Beliau berusaha meningkatkan kemahiran dan mencari lebih pengalaman sebelum melebarkan kariernya ke peringkat yang lebih tinggi. Menurutnya, dia cuba mengutip setiap ilmu yang diajar oleh jurulatih di SSBJ dengan sebaik mungkin agar impiannya menjadi pemain kebangsaan suatu hari nanti tercapai.

    Semoga dengan kejayaan Arif Sabron menjadi inspirasi kepada semua dan diharapkan agar impian beliau untuk menjadi pemain hoki negara tercapai.

  • Usahawan online berjaya/ anugerah
    CYMERA_20160111_104057 SAM_7231SAM_7347Norasiah Mohamad Sulam merupakan penerokawati di Felda Gunung Besout 4. Beliau berumur 55 tahun. Mula mengenali internet sejak pembukaan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Gunung Besout 4 pada tahun 2010. Pada ketika itu, beliau merupakan salah seorang penerima Netbook 1Malaysia dan ‘broadband’P1 Wimax secara percuma di bawah Program Inisiatif Jalurlebar Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

    Minat yang mendalam di dalam bidang perniagaan menjadikan Puan Norasiah seorang wanita yang sangat aktif dan suka mencuba sesuatu yang baru. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang Andaman Pengantin dan jahitan, seterusnya perniagaan kerepek, pembuatan kek dan kuih muih. Pada mulanya beliau hanya berniaga kecil-kecilan dan menghantar kuih muih buatannya di warung-warung berdekatan. Bidang perniagaan yang diceburi tidak semudah yang disangka. Puan Norasiah perlu bangun seawal jam 3 pagi untuk menyiapkan kuih-muih dan nasi lemak untuk dihantar di warung berdekatan. Hal ini menyebabkan masa tidur Puan Norasiah tidak menentu. Siang hari juga beliau sibuk membuat kerepek untuk dijual dan dihantar di kedai-kedai. Akhirnya atas nasihat suami, Puan Norasiah berhenti berniaga kuih muih.

    Pada ketika itulah, masa yang terluang tidak disia-siakan begitu sahaja oleh Puan Norasiah. Kali pertama PI1M menerima kunjungan Puan Norasiah, beliau diperkenalkan dengan kelas asas menaip dan serba sedikit mengenai asas peralatan dan perkakasan komputer. Setelah mahir menggunakan komputer, Puan Norasiah diajar menggunakan internet melalui aplikasi Enjin Carian Google. Ketika inilah sedikit demi sedikit Puan Norasiah didedahkan dengan internet melalui emel dan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp Mesenger serta Youtube. Di sinilah Puan Norasiah mendapat pelbagai idea dan resepi baru untuk dicuba di rumah.

    Namun, minatnya terhadap dunia perniagaan tidak terhenti begitu sahaja. Beliau mula kembali aktif memulakan aktiviti perniagaan yang baru iaitu mengurut. Pada ketika itu, suami beliau disahkan stroke separuh badan. Beliau terpaksa menghadkan aktiviti mengurut dari rumah ke rumah kerana perlu menjaga suaminya yang pada ketika itu masih belum sihat sepenuhnya. Pada ketika itu, adik beliau telah memperkenalkan produk kesihatan Olive House khusus untuk merawat stroke suaminya. Setelah mencuba, hasilnya memberangsangkan.

    Inilah yang menjadi titik tolak perniagaan baru yang beliau ceburi iaitu menjadi pengedar kepada Produk Olive House. Produk Olive House ini berasaskan minyak zaitun asli dan lain-lain produk Sunnah. Bagi yang berminat mendapatkan produk beliau boleh terus ke Facebook Puan Norasiah iaitu “Norasiah Sulam”. Beliau kini aktif menjalankan perniagaan online melalui Facebook peribadi miliknya disamping rawatan mengurut. Puan Norasiah juga tidak ketinggalan mempelajari aplikasi Whatsapp Mesenger di PI1M bagi memudahkan beliau berkomunikasi dengan pelanggannya.

    Beliau berharap semoga PI1M terus menjalankan pelbagai program bagi membantu penduduk setempat tidak kira tua atau muda. Menurut beliau, internet merupakan medium terbaik bagi mempromosikan produk jualan dengan cepat dan menjimatkan. Oleh itu, gunalah internet dengan sebaik-baiknya agar komuniti Besout 4 dan PI1M terus maju jaya.

  • Warga Emas/ OKU yang celik IT/ Usahawan

    SAM_5637 SAM_5739 SAM_5783En.Haspullah Bin Hashim, 54 tahun mula menggunakan internet sejak pembukaan Pusat Internet 1 Malaysia(PI1M) Felda Gunung Besout 4. Beliau bekerja sebagai peneroka Felda dan merupakan ahli jawatankuasa PI1M semenjak April 2010 yang lalu. Kesungguhan beliau mempelajari internet didorong oleh keinginannya untuk berhubung dengan anak lelakinya yang menuntut di salah sebuah Universiti di Jepun. Di awal kedatangan beliau, pihak PI1M hanya memperkenalkan beliau dengan aplikasi Skype di mana Skype membolehkan pengguna berhubung dengan orang yang jauh melalui panggilan video. Dengan Skype, En.Haspullah dapat berhubung dengan anak lelakinya yang berada jauh di Jepun dengan kadar penggunaan internet yang murah.

    Setelah mahir menggunakan skype, beliau kemudiannya diperkenalkan dengan aplikasi Facebook yang membantu menghubungkan beliau dengan saudara-mara serta rakan-rakan sekolah lamanya yang dikenali sejak tahun 60’an. Laman Facebook milik beliau adalah https://www.facebook.com/haspulah.hashim.

    En.Haspullah juga merupakan Setiausaha Masjid Assalamuddin Felda Gunung Besout 4. Hal ini menjadikan beliau sering berkunjung ke PI1M untuk mempelajari teknik penulisan untuk membuat minit mesyuarat dan surat rasmi bagi membantu mendapatkan dana membaikpulih keadaan masjid. Setiap hari En.Haspullah akan menghabiskan masa pada sebelah pagi atau petang di PI1M Felda Gunung Besout 4 untuk belajar menaip surat. Semakin hari, beliau semakin mahir menulis surat sehingga beberapa kali berjaya mendapatkan dana untuk membaikpulih keadaan masjid.

    Menurut beliau, pertama kali menggunakan perkhidmatan di PI1M ini, beliau merasakan perkhidmatan internet yang disediakan memudahkan komuniti di Felda Besout 4 untuk menjalankan kerja-kerja harian seperti penghantaran emel, tugasan sekolah anak-anak tanpa perlu keluar jauh ke Bandar. Selain itu, kelas latihan yang disediakan oleh pihak PI1M juga memberi banyak faedah kepada komuniti dalam meningkatkan kadar literasi ICT dalam kalangan penduduk Felda sendiri. Kesabaran penyelia PI1M mengajar warga emas seperti beliau, turut menjadi membakar semangat beliau dalam mempelajari ilmu ICT.

    Bagi penambahbaikan, beliau mengharapkan PI1M terus bekerjasama dengan Felda serta agensi-agensi luar bagi menjalankan program-program berteraskan ICT seperti Program Hari Terbuka yang telah dijalankan seperti tahun sebelumnya. Menurut beliau, program yang melibatkan agensi luar sedikit sebanyak dapat membuka minda masyarakat terhadap kepentingan ICT dalam kehidupan seharian.

Keusahawanan
  • Penternakan

    1) LEMBU & KUDA – Encik Jafri Bin Sulaiman ( 016-4111495 )

    lembu

    2) KAMBING

  • Perkhidmatan

    1) PERUBATAN TRADISIONAL – MERAWAT PENYAKIT BATU KARANG

    En.Razali atau lebih dikenali dengan gelaran “Abang Me” merupakan pengamal perubatan tradisional dalam membantu pesakit yang menghidap batu karang. Beliau merupakan peneroka di Felda Gunung Besout 4, Sungkai, Perak. Jika anda menghidap batu karang dan takut untuk menjalani pembedahan anda bolehlah mencuba altenatif lain menerusi rawatan tradisional ini. Rawatan di lakukan pada hari Sabtu dan Ahad selepas solat Zohor. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi “Abang Me” di talian +6017-6515397 atau berkunjung terus ke rumah beliau di alamat No. 19, Felda Gunung Besout 4.

    2) KOMPANG NURUL HIDAYAH BESOUT 4 untuk tempahan bagi majlis keraian dll ( En.Miswad Bin Lehan – 0172517382 )

    Foto0069 SAM_7671 SAM_7708 
  • Produk

    1) PERUSAHAAN PRODUK SEJUK BEKU spt roti canai, kuih pau dan karipap

    (Pak Mat Frozen Food Ent – 013-5247001/012-5749508)

    Untitled2Untitled3

    2) KEREPEK PISANG & BAHULU

    (Rubiez Food – 013-2815690/019-2787692)

    3) KEREPEK BAWANG

    (Encik Salleh)