Mesyuarat Panel Penasihat PEDi FELDA Gunung Besout 4

22 July 2022 | Berita Semasa

Pada hari Rabu bersamaan 20 Julai 2022, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Panel Penasihat PEDi FELDA Gunung Besout 4. Panel penasihat PEDi FELDA Gunung Besout 4 terdiri daripada Pengerusi JKKR, Pengerusi GPW, Pengerusi BELIA, Wakil Komuniti FELDA Gunung Besout 4 serta pengurus dan penolong pengurus PEDi FELDA Gunung Besout 4.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan aktiviti-aktiviti akan dijalankan di PEDi FELDA Gunung Besout 4. Mesyuarat ini juga memberi peluang kepada ahli penasihat PEDi FELDA Gunung Besout 4 menyumbang buah fikiran serta idea untuk program-program yang boleh dijalankan di PEDi FELDA Gunung BEsout 4.

Terima Kasih diucapkan kepada smua ahli panel penasihat PEDi FELDA Gunung Besout 4 yang sanggup meluangkan masa bagi menghadiri Mesyuarat tersebut.