Berita & Aktiviti Terkini

DIGITAL REVOLUTION CAMP 2022

18 August 2022 | Berita Semasa

ADVANCE ENTREPRENEURSHIP PROGRAM (FROM ZERO TO HERO)

Pada 1 Ogos hingga 16 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) FELDA Gunung Besout 4 telah mengadakan program bersama usahawan sekitar FELDA Gunung Besout 4 dan 5. Seramai 6 orang usahawan telah menyertai program ini. Program ini bertempat di PEDi FELDA Gunung Besout 4. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan tentang pengurusan perniagaan yang baik. Selain itu, program ini juga dapat memberi dorongan dan idea kepada usahawan setempat untuk meningkatkan pendapatan bulanan mereka.

Program Expert Workshop : Misi Enam Angka Pertama

22 July 2022 | Berita Semasa

Pada 21 Julai 2022 bersamaan hari Khamis, satu program yang bertajuk Misi Enam Angka Pertama telah dijalankan di PEDi FELDA Gunung Besout 5. Seramai 13 orang usahawan mewakili PEDi FELDA Gunung Besout 4 dan 5 telah menyertai program ini.

Tuan Azraei Muhammad, penulis buku Enam Angka Pertama Menjelang Dua Puluh Lima telah dijemput sebagai speaker bagi program ini. Pelbagai maklumat dan tips-tips menarik telah dikongsi oleh beliau sepanjang program ini. Beliau juga menerangkan tentang cara yang effektif dalam manguruskan kewangan.

Terima Kasih kepada semua peserta yang menyertai program anjuran pedi pada kali ini. Semoga mendapat manfaat atas perkongsian yang diberikan.

Mesyuarat Panel Penasihat PEDi FELDA Gunung Besout 4

22 July 2022 | Berita Semasa

Pada hari Rabu bersamaan 20 Julai 2022, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Panel Penasihat PEDi FELDA Gunung Besout 4. Panel penasihat PEDi FELDA Gunung Besout 4 terdiri daripada Pengerusi JKKR, Pengerusi GPW, Pengerusi BELIA, Wakil Komuniti FELDA Gunung Besout 4 serta pengurus dan penolong pengurus PEDi FELDA Gunung Besout 4.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan aktiviti-aktiviti akan dijalankan di PEDi FELDA Gunung Besout 4. Mesyuarat ini juga memberi peluang kepada ahli penasihat PEDi FELDA Gunung Besout 4 menyumbang buah fikiran serta idea untuk program-program yang boleh dijalankan di PEDi FELDA Gunung BEsout 4.

Terima Kasih diucapkan kepada smua ahli panel penasihat PEDi FELDA Gunung Besout 4 yang sanggup meluangkan masa bagi menghadiri Mesyuarat tersebut.

Kelas Asas Gubahan Mini Bouquet

05 July 2022 | Berita Semasa

Pada tarikh 18 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) FELDA Gunung Besout 4 telah mengadakan Kelas Asas Gubahan Mini Bouquet. Kelas ini bertempat di PEDi FELDA Gunung Besout 4. Peserta kelas ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini juga dapat menonjilkan kreativiti dalam kalangan para pelajar. Para peserta diajar cara-cara pembuatan mini bouquet untuk dihadiakan kepada bapa mereka bersempena hari bapa pada 17 Jun yang disambut setiap tahun.

Program Cuti Sekolah (Kelas Asas Microsoft dan Kelas Asas Canva)

05 July 2022 | Berita Semasa

Pada 8 dan 9 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) FELDA Gunung Besout 4 telah mengadakan Program Cuti Sekolah bagi memenuhi masa terluang para pelajar sekitar FELDA Gunung Besout 4. Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang penggunaan Microsoft Power Point untuk membuat pembentangan. Program ini juga memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan Applikasi Canva untuk menghasilkan poster yang menarik. Seramai 8 orang pelajar terdiri dari umur 7 hingga 12 tahun menyertai program ini.