Program Expert Workshop : Misi Enam Angka Pertama

22 July 2022 | Berita Semasa

Pada 21 Julai 2022 bersamaan hari Khamis, satu program yang bertajuk Misi Enam Angka Pertama telah dijalankan di PEDi FELDA Gunung Besout 5. Seramai 13 orang usahawan mewakili PEDi FELDA Gunung Besout 4 dan 5 telah menyertai program ini.

Tuan Azraei Muhammad, penulis buku Enam Angka Pertama Menjelang Dua Puluh Lima telah dijemput sebagai speaker bagi program ini. Pelbagai maklumat dan tips-tips menarik telah dikongsi oleh beliau sepanjang program ini. Beliau juga menerangkan tentang cara yang effektif dalam manguruskan kewangan.

Terima Kasih kepada semua peserta yang menyertai program anjuran pedi pada kali ini. Semoga mendapat manfaat atas perkongsian yang diberikan.