PROGRAM ICT 2020 PIM BESOUT 4

06 October 2020 | Berita Semasa

Walaupun negara kita masih lagi dalam usaha untuk menangani masalah virus COVID-19, ianya bukanlah penghalang bagi Pusat Internet Felda Gunung Besout 4 untuk menganjurkan program pada tahun nie. Ini merupakan kali kedua Pusat Internet mengadakan program secara digital. Program ICT 2020 anjurkan Pusat Internet Besout 4 telah mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari komuniti setempat bahkan kami juga menerima penyertaan dari negeri-negeri lain seperti Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Terengganu dan Kedah.

Program ini juga adalah sebagai salah satu landasan untuk pihak kami untuk mendidik masyarakat dan meluaskan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT melalui perkongsian teknologi dan idea. Pihak kami juga dapat menggunakan peluang ini untuk mendidik komuniti tanpa mengira usia untuk menggunakan platform digital dengan betul sebagai salah satu cara hidup pada masa sekarang.