PROGRAM KEMBARA DIGITAL PIK BESOUT 4

24 March 2021 | Berita Semasa

PROGRAM KEMBARA DIGITAL adalah program yang pertama bagi tahun 2021 yang dianjurkan secara digital oleh pihak Pusat Internet Komuniti Felda Gunung Besout 4. Program ini telah bermula dari 10 Mac dan tamat pada 21 Mac 2021. Program yang dijalankan pada kali ini melibatkan aktiviti sepenuhnya secara atas talian iaitu melalui semua platform media sosial yang ada contohnya Facebook, Youtube dan Instagram. Dimana bagi keseluruhan aktiviti, peserta perlu menghantar penyertaan melalui platform yang telah ditetapkan seperti email, Facebook, Youtube dan Instagram. Antara pertandingan yang dijalankan pada kali ini ialah pertandingan video kreatif, pertandingan youtuber challenge, pertandingan gambar kreatif, kuiz online, pertandingan mewarna online, pertandingan rekacipta banner perniagaan dan logo. Program ini turut diselitkan aktiviti kesedaran ancaman alam cyber melalui kuiz Klik Dengan Bijak

Walaupun aktiviti yang dijalankan atas talian tetapi sambutan yang di terima sangat menggalakkan. Program juga dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang. Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pihak Pengurusan Webe Digital Sdn Bhd, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di atas kepercayaan yang diberikan untuk mengelolakan program ini. Majlis penutup Program Digital Lestari Pusat Internet Komuniti Felda Gunung Besout 4 telah diadakan secara Facebook Live pada 21 Mac 2021 bermula pada jam 11.00 petang sehingga jam 1 tengah hari.