PROGRAM KOMUNITI INTELEK BERSAMA PIK BESOUT 4

01 October 2021 | Berita Semasa

PROGRAM KOMUNITI INTELEK BERSAMA PIK BESOUT 4 adalah program yang dijalankan tujuannya untuk membantu adik-adik mendapat satu ilmu baru yang sangat memberi manfaat kepada mereka agar mereka dapat mengaplikasikan dimasa akan datang. Antara program yang dijalankan adalah terbahagi kepada dua bahagia iaitu untuk sekolah rendah adalah kelas basic microsoft dimana adik-adik ini akan belajar secara basic mengenai microsoft. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah berumur 10-12 tahun. Manakala untuk ketegori kedua iaitu sekolah menengah pula , kami menyediakan kelas basic adobe photoshop yang dijalankan selama dua (2) hari berturut-turut. Mereka berumur antara 15-17 tahun.

Antara sebab lain juga adalah kami ingin membantu golongan ini mendapatkan kemudahan peralatan PDPR seperti telefon pintar dan printer untuk memudakan mereka belajar dirumah. Disamping itu , kami juga membuka peluang adik-adik ini untuk mencungkil bakat mereka sebagai contoh bakat dalam bidang”editing”. Dan kami sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh adik-adik ini sepanjang program dijalankan.

Pada kali ini, program juga dijalankan secara live menggunakan aplikasi zoom .