PROGRAM MERDEKA GEMILANG BSERSAMA PIK

02 September 2021 | Berita Semasa

PROGRAM MERDEKA GEMILANG BERSAMA PIK adalah program yang dijalankan bersempena dengan bulan kemerdekaan Malaysia. Program ini dijalankan sepenuhnya secara digital. Program pada kali ini memberi ruang kepada masyarakat untuk mengaplikasikan teknologi digital dalam kehidupan seharian dan juga menggunakan teknologi secara bijak. Ia juga adalah salah satu cara untuk mendidik masyarakat agar tidak menyalahgunakan platform digital yang disediakan untuk melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti penipuan dan penyebaran berita palsu melalui aktiviti Klik Dengan Bijak. Pihak kami juga menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk memberi manfaat kepada komuniti dan masyarakat.

Program yang dijalankan pada kali ini dilaksanakan melalui semua platform media sosial yang ada contohnya Facebook, Youtube dan Instagram. Pada kali ini, program juga dijalankan secara live menggunakan zoom dan google meet. Bagi keseluruhan aktiviti, peserta perlu menghantar penyertaan melalui platform yang telah ditetapkan seperti email, Facebook, Youtube dan Instagram. Antara pertandingan yang dijalankan pada kali ini ialah pertandingan video kreatif, pertandingan youtuber challenge, pertandingan tulisan khat, pertandingan fotografi, kuiz online, pertandingan mewarna online, pertandingan pantun, pertandingan poster kreatif, pertandingan tik tok challenge dan pertandingan animasi. Program ini turut diselitkan aktiviti kesedaran ancaman alam cyber melalui kuiz online Klik Dengan Bijak