TAZKIRAH RAMADHAN :RAMADHAN DI HATI

03 June 2019 | Berita Semasa

Bersempena dengan Bulan Ramadhan ini, pihak Pusat Internet Felda Gunung Besout 4 telah mengadakan program Tazkirah Ramadhan dengan tajuknya ‘Ramadhan Di Hati’ bersama dengn Ustaz Mohd Syahid bin Mohd Zaini . Program yang bermula pada pukul 10 pagi itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat. Antara ilmu yang dikongsi kan adalah tentang amalan-amalan yang harus dilakukan, cara untuk mendapatkan ganjaran pahala dan kelebihan bulan Ramadhan. Semoga ilmu yang disampaikan ini dapat diamalkan oleh semua.