STEM Challange With PEDi Besout 4

08 September 2022 | Berita Semasa

Pada 7 September 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Besout 4 telah menjalankan program STEM Challange Bersama PEDi Besout 4. Terdapat tiga aktiviti yang telah dijalankan seperti Solar Car Challange, Young Engineer Challange dan Recycle Car Challange.

Objektif utama program ini adalah untuk mencungkil kreativiti para pelajar dalam bidang sains dan teknologi. Selain itu, para pelajar juga dapat didedahkan tentang kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!!