Tak Pasti Jangan Kongsi

27 October 2020 | Berita Semasa
Tentusahkan cerita, jangan mudah percaya
Gejala penularan berita palsu semakin menjadi-jadi pada hari ini. Oleh itu, kita perlu lebih berwaspada akan maklumat yang diterima dan jangan terus berkongsi sesuatu yang belum pasti. Portal https://sebenarnya.my adalah pusat sehenti untuk kita menyemak, melapor dan mengesahkan kesahihan berita, maklumat dan cerita.
Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Amalkan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan Negara.
Jom @klikdenganbijak !